Search This Blog

Thursday, May 12, 2022

Takut nak bersangka baik...

 Haritu...

I dah amik my daughter from school, then nak amik my son lak.

Masa tu takde parking so kena la double park kejap pastu mintak cikgu tolong hantar anak turun ke kereta.

Tetibe..

Ada la seseorang ni ketuk tingkap. Mamat ni atas motor dia. Sebab muka dia macam abam keje restoren dekat sana, i pun turunkan la tingkap.

"Kak, kete akak bau minyak kuat kat belakang ni", dia kata.

Kita dengan bahalulnya..... keluar kete, pastu tengok kat belakang. Sebab teringat just the other day ada minyak leaking, so i didn't question this person's sincerity.

Bila keluar, takde lak bau...

"Akak baik check cepat cepat. Dah nak raya ni", dia kata. Kinda still hanging around, still on his motor.

"Oh ok. Terima kasih ek bagitau. Nanti saya check". Pastu i just went to the door. Tak masuk kete lagi la until dia belah dulu.

My daughter, the whole time, "Ummi!! What's wrong!!", jerit dia with her head out of the window.

"Nothing nothing", i said, wondering if there really was a petrol smell coz i smelt nothing.

Anyway, dah selamat sampai rumah segalanya, pastu tengok la tiktok jap and i saw this video:

@yoy.my Hati2 di stesen minyak gais. Kes semalam 28/04/22. #beritatiktok #YOYnews ♬ Mysterious - Andreas Scherren

Naik bulu roma...
Wah..

Camane ni.. Nak sangka baik orang pun takut dah..
Nak tolong orang pun takut..

Alhamdulillah i'm ok and my family's ok. Alhamdulillah we're all good. I feel so sorry for the people yang kena tipu, kena scam, ragut, samun etc ni.. i bet they all also were like me; thinking people are sincerely trying to help or something kan..😩

Moga Allah swt lindungi kita semua dari niat jahat, disakiti, disalahi orang..
Amiin..

Be careful people!😣

1 comment:

Faiz Yusoff said...

Kadang-kadang memang orang yang tolong kita tu tak ada niat jahat pun. Tapi sebab benda-benda viral macam tu kita jadi takut nak percaya orang. So many what ifs dalam kepala. Huhu.

Semoga kita sentiasa dilindungi dan dikelilingi oleh orang-orang yang baik dan ikhlas :)