Search This Blog

Tuesday, May 3, 2016

Cara perempuan vs cara lelaki masak

Assalamualaikum!


Haritu ada baca article pasal cara lelaki vs cara perempuan pam minyak.

Kononnya perempuan punya cara ni sangat kompleks la. Bahaha!
Well, guess what.
Laki laki ni pun bukan straight forward as they think they are.

Maka, dengan ini, meh saya bandingkan cara lelaki vs cara perempuan masak.

CARA PEREMPUAN MASAK:

Google, cari resepi. 
Dah jumpa resepi, keluarkan bahan bahan dari fridge/kabinet.
Basuh apa yang patut (sayur/daging mentah).
Bersihkan beras pastu letak dalam rice cooker untuk dimasak.
Potong sayur/bahan mentah.
Masak lauk.
Kalau ada lebih dari satu lauk, tengok prioriti camane. Masak benda yang ada bahan mentah (daging/ayam/ikan) dulu sebab they take time. Sayur masak bila agak agak nak dekat time makan supaya dia tak layu dan nampak sedih bila nak makan.
Bila masak, sempat basuh sudu/mangkuk/apa apa benda yang kita tak guna dah. Sempat lap lap sinki kalau ada masa lagi. Selagi boleh, satu sudu je kita pakai selama memasak. Sanggup basuh atau guna strategic planning supaya penggunaan sudu tidak merosakkan masakan.
Nasi dan lauk lauk dihidang dalam keadaan semua panas dan bahagia. 
Basuh pinggan/mangkuk/kuali/etc lepas selesai makan secara serta merta.


CARA LELAKI MASAK:


Google resepi.
Tengok gaya chef masak.
Tanya bini/mak mana bahan bahan.
Satu kerja, satu workstation; contoh: tempat potong bawang lain, tempat potong ayam lain. 
Setiap kerja perlukan alat yang berlainan; contoh: potong sayur guna pisau lain, potong kentang pisau lain, potong ayam pisau lain lagi, selagi ada pisau available, selagi tu la dia nak guna. Bila pisau dah habis, cari pisau lain dulu. Bila tak jumpa, tanya bini/mak mana pisau. Pastu baru basuh salah satu pisau utk dipakai. Applicable untuk sudu, garfu, mangkuk, kuali, chopping board, dan sebagainya.
Basuh beras. Pastu tanya bini/mak cukup bersih tak?
Dah masak beras, start masak lauk. 
Oleh sebab tak boleh multitask dan sebab otak single core processor sahaja, kena masak lauk satu persatu.
Bila masak lauk, tanya bini/mak mana kuali dulu. Teringat gaya chef masak macam senang sajaa. Campak campak, rasa, pastu hidang. Jadi, dia pun campak dan campak, gaul dan rasa (tak tau pun rasa nak kena camane. Asalkan ada 'rasa', cukup la).
Bila lauk sudah masak, tanya bini/mak mana mangkuk/pinggan utk letak lauk.
Semua lauk terhidang, tapi nasi belum siap masak.
Tunggu nasi.
Nasi dah siap, terus makan.
Pinggan mangkuk kuali kejadah semua terbiar lagi di tempat masing masing tanpa dibasuh.
Bini/mak sakit jiwa tengok sinki penuh, mintak lelaki tolong basuh cepat.
"Nanti la. I penat."




The end.


Ps: memang bukan sume laki camni. Just like bukan sume pompuan tak reti tukar tayar kete.


32 comments:

Ariesha Noorezan said...

Teringat ayah sendiri goreng nugget instant sampai hangus masa ibu tengah dekat delivery room bersalinkan adik hahaha! Tapi takpe, usahanya tu ada ihiks =)

Cikgu WaWa biase jerrr... said...

tang sinki penuh tu....letih baq angggg!!

nhhas said...

Ha ha ha... is that what realy happen to u mars?

PeRdU cINta said...

Hehehe...hakikat...tambah sikit...macam ada pap bocor di dapur kesan basuh ayam...daging...ikan...sayur...tidak semua suami begitu...yang ada lepas masak kemad clean je...tapi 80% yang terlebih unik..alahai suami..

Carleed Danial said...

Cara i masak i ikut cara perempuan, mungkin sebab i dah didik macam tu dari kecik so bila dah besar tak ada masalah pun kalau nak masak atau dapur bersih. semuanya perfect..nice entry kak Mar.

SyaNash said...

thank you for writing this, Maria :) we should make this viral too.. :D

Puyie said...

khahahahhhahaahahah i lol(ed) dari awal sampai akhir. but sometimes i pon sejenis malaih mengemas lepas masak hohoho

syasandeul said...

OMG sis maria you nailed it! haha

Anonymous said...

hahahaha..like my husband la..

Kak Wawa said...

Hahaha. My husband masak dengan ready bahan2 semua. Pastu claim dia masak cepat compare kita. Lucu

Hasnul Adin said...

Proudly to say that saya tak masak macam tu. Serabutnya kalau guna banyak2 pisau macam tu. Haha!

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

maria,ur entry ni mengingatkan i pada 1 of entry adik ipar u fatin liyana.husband u goreng ikan,ikan tu gemuk2.rupanya tak siang ikan.hehehe

Angah said...

terukir senyuman tatkala membaca this entry...

spitoutblog said...

hahahah, lawak gile,,,
tapi betul la kot ye

Cik Puan Syeeda said...

yg ni memang betul!

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Mummy MM said...

Kalau saya terbalik pulak. Husband lebih pandai masak. Heheh. Senyum jerlah. http://diarimommymuhaimin.blogspot.com/

adilah said...

sebijikkk yg ada dlm rumah ni. wakakkaa

Kucing bulus said...

Teringat bapa saya...sebijik.

obakh said...

Salam masuk blog Wa n click ad dlm tu. Wa earning from Google ads.

Geng Tolong click ad Wa di:

http://itobakh.blogspot.my/?m=0

https://sites.google.com/site/itobakh/Home?overridemobile=true

Thanks 😁😁😁

Satu lagi

http://obakhpakai.blogspot.my/?m=1

Sedang trial n error nak tarik hitrate n click dlm blog saya

Tk.

obakh said...

Salam masuk blog Wa n click ad dlm tu. Wa earning from Google ads.

Geng Tolong click ad Wa di:

http://itobakh.blogspot.my/?m=0

https://sites.google.com/site/itobakh/Home?overridemobile=true

Thanks 😁😁😁

Satu lagi

http://obakhpakai.blogspot.my/?m=1

Sedang trial n error nak tarik hitrate n click dlm blog saya

Tk.

Nadiaafarhanaa said...

Hahaha the best part is 'Pinggan mangkuk kuali kejadah dalam singki' :D

Unknown said...

hamboih...melawan bab masak plak ngan org laki...ade modal...

Jom terjah sini Misteri Pemuda Bernama Daniel Tyler

Edda said...

hhahaha... sokong!

Unknown said...

haha...terabur lelaki masak.


http://adamshub.my/blog/

KOALAnews said...

agen

domino online

agen

domino99

agen

bandarQ

agen bandar poker

Sharifuddin said...

kalau pengawas pulak masak macam mana? hehehe



jom jenguk sini ya.. hehe

afiqms said...

We expect sous chef to assist us with the prep. Kitorg masak je. Hahahah.

Anonymous said...

hikhik.. yg gmbr half potatoes tu mmg win..

Anonymous said...

women vs men.. perlukn win win situations nmpknya :)