Search This Blog

Monday, August 11, 2014

cerpen: Aku budak tol, aku ok.


assalamualaikum geng!

aku Kassim Ghani, tapi panggil aku Bo je.

aku hanya seorang budak tol. ye, tak glamer macam kau. 
aku duduk dalam opis aku yang sejuk gila, pastu amik duit dari engkorang, pastu aku bagi balik baki. 
aku mengaku. masa aku mula kerja kat kaunter tol ni, aku 17 tahun, dan aku malu.
aku malu nak bagitau kawan kawan aku yang aku kerja jadi budak tol.

bukan aku nak, 
tapi...

cenggini..

dulu aku pandai kat sekolah. aku dapat 5A untuk UPSR, 8A untuk PMR. hebat kan?
kata dah aku pandai.
tapi.
sebab aku jadi sombong, aku biarkan diri aku jadi rosak.

mak ayah aku bukan orang senang. mak keje kat mydin, ayah aku keje kerani kat sebelah mydin. 

masa aku dapat 8A untuk PMR.. best sangat tengok mak ayah aku.
diorang bangga sangat dengan aku, diorang hadiahkan aku Blackberry.
bagi aku, itu sangat mewah. aku bersyukur sangat.

tapi. 
sebab aku dah mula bersosial dengan orang orang luar sekolah, aku terikut satu geng yang tak elok. kitorang gi clubbing malam sekolah, main perempuan, tapi aku berjaya elak dari minum arak dan dadah.
malangnya satu malam tu, polis serbu club yang kitorang tengah lepak. aku dan kawan kawan aku kantoi kena tangkap.

mak dan ayah aku memang sedih dengan aku.
aku ingat masa tu..

ayah aku datang ke balai polis untuk keluarkan aku. dia terkejut tapi diam je. tak marah, tegur pun tak. bila sampai rumah, mak bancuh kan aku dan ayah air teh o, pastu terus masuk bilik. tak berkata apa apa pun.
aku ingat ayah nak pukul aku atau pun marah aku.
tapi lepas 10minit dua dua berdiam kat ruang tamu, aku dah naik panas.
aku rasa terlampau malu, dan marah sebab ayah tanak cakap apa apa.

jadi, 
aku bangun dari duduk, aku campak gelas aku kat dinding dan mula jerit.
macam bodoh gak bila ingat balik..

aku ingat lagi.
"Ayah cakap je la ayah malu ada anak macam Bo! cakap je la Bo ni bodoh, anak tak guna! cakap! bo tau mak ayah benci bo! bo tau bo salah!"
dan aku amik gelas ayah dan baling ke tempat sama aku baling gelas aku.
tapi sebab masih tak puas, aku mula amik apa je ada depan mata dan baling biar pecah.
pasu, telefon rumah, meja.
last last, aku baling blackberry aku.

tergamam aku bila tengok blackberry aku pecah kat kaki aku. baru aku berhenti.

aku tengok ayah yang sedang menangis.
dia hanya berdiri je di tempat duduknya, dengan matanya ke arah aku, dan pipinya basah.

Allah. apa aku buat ni?
kenapa aku hilang akal?
kenapa aku lupa mak ayah?
kenapa?

melihat ayah aku menangis, aku pun menangis.
ketat tekak aku rasa. jadi aku meraung dan peluk ayah aku.
aku betul tak ingat apa aku cakap dan aku tau apa yang keluar dari mulut aku tak terbahasa, tapi aku yakin ayah aku faham.
aku insaf.
aku minta maaf.

selama aku terlalai dengan benda tak elok, aku banyak kali menjatuhkan maruah mak ayah, dan aku sakitkan hati diorang. apa dosa diorang? diorang bagi aku semuanya! walaupun mereka tak mampu, tapi demi aku, diorang sanggup keje overtime, bersabar dan cuba memuaskan permintaan aku yang sombong angkuh ni.

aku malu dengan keadaan aku.
aku malu dengan pilihan aku.
aku malu sangat.
apa la sangat semua A dalam pelajaran tapi FAIL dalam hidup realiti? FAIL pilih kawan? FAIL membezakan antara baik dan buruk?

jadi, sekarang, ye. aku keje kat kaunter tol.
dah setahun aku kat sini.
don't worry. aku tengah kumpul duit. aku nak masuk sekolah balik, amik SPM, pastu nak masuk universiti. in shaAllah, aku nak berjaya, demi kesenangan mak ayah aku.

tak perlu ko kesiankan aku ye. aku ok.

ko risaukan diri tu ye. jangan jadi macam aku. mudah terpengaruh dengan orang yang kata mereka "kawan". kawan yang betul tak mau ko rosakkan masa depan kau.
kawan yang betul akan ingatkan kau untuk relax. rendahkan diri. 

tu je geng.
kbai.


xxxxx

wrote this looooooong time ago haha!
saja nak share.
moga bermanfaat =)

this cerpen does not reflect anyone i know nor related to anyone i know. completely made up. inspired by people.

16 comments:

Hafiz Hafizol said...

Woah.. sedihnya.. im touching.. seriously.. !


Thanks kak mars.

Farah said...
This comment has been removed by the author.
Farah said...

Cerpen ni beri kita satu pengajaran yang sangat bermakna. Its good,kak. By the way,thanks for sharing =D

nhhas said...

Assalamualaikum wbt...

walau pun simple... tapi "tangkap dalam" ... huhuhuhu....
good reminder...

blh bagi kat bebudak skolah sis...

Kupukupu said...

ada maksud dri cerpen nie... deep... nk jadi anak yang banggakan family one day.. In Sha Allah :)

Yen The Banana said...

Nice one. (Y)

just azura! said...

some people need something to make them realize how precious life is. good sharing. thank you.

Anasyg said...

pergh, kak Mar's punya jiwa menulis dah keluar. Nice one. :)tulis lagi dan lagi dan lagi ok kak Mar.

Cik Nur Shaz. said...

deep . nak share boleh tak kak ? sy credit akak :)

Unknown said...

subhanallah...tiba2 tringat kat mak ayah....thank you for sharing this!!!! ;-)

syuloves said...

Touching sgt.. Pasni bole buat buku dh kak maria. :)

kimchaa said...

terima kasih akak :) bila baca rasa terinspirasi nak belajar sungguh sungguh .. huhu . . kesian umi abah :(

Maria Elena Zarul said...

awww!
thank you korangssss!!!
walaupun tulisan macam noob je. hehee!!

Descoindia said...

thanx , this blog is full of Information Now I am Waiting for your next Post
Plasticware Manufacturers

Unknown said...

very intersting haha xx

wan said...

menarik kisah budak tol
medical surveillance utk mendalami kesihatan anda