Thursday, July 25, 2013

buka mata, pandang ke sana, moga berjaya

assalamualaikum!

wuish, tajuk blog is tajuk lagu lama, agak ingat tak?
Mencari - Giegiel feat Waheeda.
ehehehee =p

ehemss.
here is a video i highly recommend us all to watch!




this video spoke of what i have kept in mind for so long.
sometimes 'the pious' have gone to such extremes that when they see muslim girls not covering their aurat as good as them or do things they don't, they judge.

sometimes dalam usaha kita nak berdakwah, kita tertinggal perkara yang paling paling penting:
akhlak.

jauhkan lah dari memandang serong terhadap orang yang berbeza, mempunyai kelebihan yang diingini, atau kekurangan yang dibenci.
jauhkan lah dari berfikiran negatif antara satu sama lain; hati kita berbeza. mungkin orang yang kita buruk sangka tu la yang akan selamatkan kita.
hapuskan lah keinginan untuk bergossip.
ingatlah usaha anda selama ini untuk menjadi seorang ahli syurga!
ececehh =p tapi betul la. tak semua ibadah senang untuk dilakukan, so bila dah berjaya buat tu, sayang la kan kalau sume tu lesap je akibat jadi terlalu bangga, berburuk sangka dan sebagainya..

nauzubillah min zalik, peringatan untuk diri sendiri gak =)

respek je semua orang. kalau ada orang yang tak respek kita, bior leee. asalkan kita tau kita tak berdosa dengan dia. trust Allah to deal with them.

mana tau, you might be the reason that a person wants to become better, in sha Allah.
and who knows, maybe Allah SWT brought that person into your life to teach you a lesson too.

here's to positive thinking, bersangka baik, dan menjadi khalifah yang supportive antara satu sama lain!

ps: esok nuzul Quran! hari yang Allah menurunkan ayat al-Quran yang pertama kepada Rasulullah SAW, iaitu

Surah Al-Alaq, ayat 1 hingga 5:


Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang mencipta,
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah,
yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.


=)
Ramadhan mubarak!

37 comments:

Fafa Aziz said...

i agreed :)
tapi macam mana pula bila kita kata "mungkin mereka akan jadi yg lebih baik dan dpt hidayah nanti" itu akan membuatkan mereka lagi berlalu sambil tersenyum pergi tanpa ada inisiatif utk berhijab? :/

bukan shj hijab, malah solat pun dorang blh amik endah tak endah.. sedih and idk the correct way to advice 'em.

Fha Hzh said...

Yes fafa, so true, indeed, i am bit worry, yang highlight rmbut and so on, how they pray? sebab mandi wajib pun xsah. lagi la nak smyg, mmg x sah. Hmm.. sedih kan.

Rizq Herinza Syadza said...

Changes need time, and so does hijab. Ada yang ambil masa untuk yakin dalam tutup aurat. Kalau ikut mulut orang sangat, maybe one day diorang akan bukak balik hijab.

Fafa Aziz said...

i try to think positively by thought of they're doing the kaler rambut with inai.

but the most sad thing is when a few of my friends, i even can't see their sejadah and telekung at their room. worst enough, when i pray, they even just pandang sekali imbas and buat dono. first week i thought dorang period, but after a month? takkan lah period lagi.

much worry, dorang tahu ke bagaimana cara berwuduk? tak resah ke mereka bila tidak bersujud pada Allah?? :(

nak tegur pun tak tahu lansung cara macam mana :((

Fafa Aziz said...

betul Rizq. I do admit that i was like that before. even i got my confused-time. on off pakai tudung but the solat is the most important thing utk tetap beristiqamah. nak tunggu hidayah tapi tak solat..ermm..

actually i just nak ckp yg i tak reti if nak tegur org yg tak solat..even benda tu kita dah hari2 tunjuk.. :/

nurdani said...

nak tegur ada adabnya cuma ada sesetengah orang suka label si penegur ni ustaz/ustazah. huhu.

Nadea Emerald said...

Just nak tau...

Bila menegur tu maksudnya kita judgemental ke?

I dont get it...

Just my 2cents... Kita hidup memang kena ada tegur menegur.. tapi bukan lah sampai menghina dan sebagainya... Semua perlu adab...

eh ke dah lari concept komen ni? HEHHE sorry.....

Qurratul said...

bukan judge...
tapi tegur lah dengan beradab..
tegur jangan sampai menghina..

sepatutnya boleh bina ukhwah sesama muslim..tak kira lah berpakaian macam mana..dan kita boleh menasihat dan
berdoa agar pintu hati terbuka untuk berubah ke arah yang lebih baik..
InsyaAllah..

**eh eh tadi tengok muka perempuan yang baik tu, yang berkawan dengan yang 'freehair' tu, macam muka kak maria la...serious...hihihihi

Lelaki said...

Budaya di atas sudah terlalu lama di amalkan disini...Islam itu indah tapi di jahanamkan dengan sifat dan cara yang salah apabila cuba menarik sesorang agar dekat atau memahami islam.

Ramai yang tidak sedar perlakuan mereka dan cara mereka menghakimi seseorang yang lain menjadikan orang islam itu fobia kepada orang islam sendiri.

Bagaimana kita sebagai orang islam dapat memberikan contoh yang baik dan dapat dicontohi jika kita terlalu menghakimi tanpa memperdulikan akan keistimewaan islam itu sendiri.

Lihat dan amati cara nabi berdakwah...adakah kita ikuti cara yang nabi kita lakukan?

Fizi Zaidi said...

islam-bila nk cakap pasal wanita yg x berhijab nie..kekadang mereka lebih merasa yakin dan semangat dengan persekitaranya sehingga lupa itu adalah WAJIB dipakai...ada juga yang tak diajar,,,x ditegur,,oleh mak bapak dyeorang nie semenjak kecil...juga..pengaruh media dan kawan2 yangjahanam lagi menjahanamkan...leklok duk kampung berhijab..bila dapat berjauhan dgn ibu bapa je..terus tanggal dan tinggal tudung...terutamanya pelajar ipt sekarang...ini cuma pandangan saya mengenai hijab....be smile..think positive...:)

k. maria jemput la dtg lawat blog sy di:

http://kakikerja.blogspot.com

Izzah Azizah said...

kak maghia =)

mujadafewa.my said...

mmm,,, salu jugak rasa bab rugi tu,,, uwaaaaa,,, kalau ter riak ke hape,, alangkah ruginya,, sobss

Maria Elena Zarul said...

alhamdulillah, i like this discussion!

semua orang memang ada responsibility untuk menegur sesama umat.
baik laki atau pompuan.

saya paham bila sis fafa rasa tak sedap bila tgk kawan tak solat dsbnya, and that's where kita semua kena belajar cara yang terbaik untuk menegur kawan kita.
kita kena peka dgn cara mereka menerima teguran.
ada yang melenting bila ditegur, ada yang sedia menerima, ada yang bila ditegur, terus tanak kawan.
macam macam kerenah kan manusia.

saya dulu pernah gak rasa tak best nak tegur orang. tapi alhamdulillah Allah temukan saya dengan satu sister yang ubahkan persepsi saya tentang konsep menegur ni.

cara beliau ialah dengan buat ibadah ni fun & sangat positive!

dengan sesiapa pun, muslim or non muslim, dia sentiasa bersenyum dan kalau dia rasa syukur ke, kagum ke apa, dia ucap je "alhamdulillah!", "subhanallah!" etc.
saya pun sampai rasa happy sgt bila dengan dia, sampai saya pun terpengaruh.
if i can feel that, i am sure others felt it from her too!

dan sister ni, dengan caranya, bukan sahaja buat kita rasa positive, malah dia pernah membawa kawan dia masuk islam.

ha kan indah camtu =)
kan effective cara dia.
itu maksud saya, tak kira camane pun kawan kita ke, orang lain la, kita respect, treat them nice, be positive & jadi khalifah yang supportive, sebab itu lah cara yang terbaik, in sha Allah =)

Langit Tinggi said...

:'( trust Allah to deal with them..wuu..rasa semangat pulak..insyaAllah xkan serik..walau kdg2 hati kita trluka..insyaAllah..ada yg sntiasa disisi..fighting..

Ainim Suju said...

As Salam Maria. I like this entry. Betul tu, terkadang kita ni manusia terlalu cepat judge tanpa usul periksa. Kadang kita lupa yang kita ni sendiri terlalu banyak kelemahan kan. Semoga kita semua sentiasa diberi kekuatan dan istiqamah dalam hidup seharian

Diy said...
This comment has been removed by the author.
Diy said...
This comment has been removed by the author.
Diy said...

betul betul betul. kita tak boleh judge orang based on their appearances. bersangka buruk lah yang selalu menghitamkan hati. kalau orang tu tak pakai tudung. jangan tindas. tapi encourage diorang untuk pakai. kalau tak pandai berkata kata. dari perbuatan pun okay. jadi kita kenalah tunjukkan contoh yang baik. positivity tu macam penyakit berjangkit. bila kita positif. orang akan terjangkit kita dan ikut positif juga. Salam ramadan untuk semua! hihi :)

Diy said...

Sebenarnya kan. nak ikut perintah Allah betul betul ni berperingkat. kena slow slow dan hayati betul betul. sebab kalau kita berubah terus dari A terus ke Z. kita tak istiqamah. tu yang bahaya. sebab tu kita kena tengok pada perkara paling asas.


pertama. wudu' dan cukup sempurna atau belum? main siram siram atau sapu air ke anggota wudu' dengan sempurna?


bila dah settle bab wudu'. kita pergi pulak ke solat. solat tu bacaan dan sempurnakan belum? tajwid okay tak?


bila dah settle solat. kita beralih pula ke Al-Quran. berapa lama dah tak baca? okay start baca. 1 hari 1 ayat dulu pun takpe. lepastu 1 muka surat. lepastu istiqamah setiap hari.


ketiga tiga benda ni kita usaha untuk sempurnakan (saya cakap usaha sebab kita manusia tak lari dari kesilapan) Allah akan bantu kita untuk betulkan yang lain.


melalui 3 perkara asas ni, aurat kita Allah akan jaga, hati kita Allah jaga, percakapan kita, perbuatan kita, automatically akan teratur dan disusun oleh Allah.


contoh: bila nak keluar jalan jalan. pilih baju. rasa macam baju ni ketat je. *tukar baju lebih baik penutupan auratnya*.


contoh lagi: bila nak keluarkan kata kata kesat. tetiba rasa berdosa sangat. terus tukar kepada kata kata pujian kepada Allah. MasyaAllah. hebat kan Allah?


jadi jangan takut untuk berubah. bukan bila tak pakai tudung. terus immediately pakai tudung. but please, tengok yang basic dulu. lepas tu yang lain lain tu akan turut terbantu.


tapi ingat. perubahan ini bukanlah berlaku dalam sekelip masa. it takes time. kadang kadang makan bertahun tahun.. jadi bersabarlah dan yakin bahawa Allah itu maha sempurna.


soal tegur menegur tu. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:

Barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan TANGANnya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan LIDAHnya. Maka sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan HATInya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.”
(Riwayat Oleh Muslim)


jika kita belum lagi berada pada tahap yang pertama atau kedua. kita hanya boleh mengubah dengan hati. takpelah. kalau itu yang termampu. buatlah. Allah tahu. Allah akan bantu. usaha untuk jadi lebih baik dari hari ke hari. teruskan berjihad di jalan Allah. Allahuakhbar.. :)

Diy said...

ok sorry bebel panjang sangat. kbai T_T

Akmar Ramli said...

Salam Maria..

Entry yang sangat berguna. Actually, once upon a time, sy judge other person based on that juga. Coming from a small village, expect me to be a narrow minded person. But then, when i further study and started berkawan dengan free hair Muslim. It makes me think twice about it. Even my bestfriends pun memang free hair and even behave better than yang bertudung. Betul la tu, wearing hijab not make u a Muslim. and hijabist sekalipun, bertudung labuh, pakai baju besar tutup aurat, it does not make u any better than yang biasa2 ni. Ada jugak yang kuat bergosip walaupun bertudung labuh. Yang penting "lillahi Ta'ala" :)

Norhazlina Mohd. Zaki said...

Assalamualaikum...
Best entry nie...haaaa betul...pakai tudung labuh2 belum tentu the better one kalau mulut tak jaga, adab tak ada...tapi yg bertudung lebih baik dr yang tidak bertudung...
Yg penting sebagai musslimah kita menutup aurat...kerana Allah...

Intan Zulhilmi said...

Manusia terindah adalah manusia yang bermanfaat untuk saudaranya. Apa kata kita jadi rakan sokongan untuk mereka, tegur-menegur, saling memperingati sesama sendiri.
Kita hanya dekat dengan mereka yang kita sukai. Dan seringkali kita menghindari orang yang tidak tidak kita sukai, padahal dari dialah kita akan mengenal sudut pikiran yang baru. Inilah yang saya maksudkan tentang saling berkait dan memerlukan. Tapi, jangan pula kita mengharapkan perubahan yang cepat dari mereka. Mereka sedang berusaha mengubah tabiat dan sifat yang sudah lama tumbuh di dalam diri mereka. Cuba tanya pada diri sendiri, kita ada tak tabiat yang susah nak tinggalkan? Aplikasikan dalam situasi ini untuk lebih memahami orang lain. Sila reset minda kita, kita bukan berseorangan di dalam dunia ini. Jangan guna ayat KUBUR MASING-MASING kerana boleh jadi mereka inilah yang akan membantu dalam pengurusan jenazah kita. Wallahu a'lam.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

"Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." (Hadis riwayat Muslim).

Tsaqib Al-Hasawi said...

Thanks for sharing!

Azie Hazirah said...

Mesej yang telah diberikan tu memang positif. Tapi kita perlu ingat juga perkara yang haram(membuka aurat) tidak boleh dihalalkan. Dalam usaha ini, kita kena jugalah berusaha berdakwah untuk wanita-wanita Muslim iaitu kita juga semua untuk patuh pada perintah-Nya :) (Note to myself too)

Fafa Aziz said...

thank you kak maria :))

Anasyg said...

qwow...ada discussion meriah lah kat sini. Hehe, msg2 ada input :)
sy xde input nk kongsi, tp sy nak quote ur words mar.

: here's to positive thinking.

Salam Ramadhan Al-Mubarak ! hehe

Liyana Aris said...

Thank you for bringing this video to our attention, Maria. Loves it.

Nurul Nadiah+Khairil Syazwan said...

people love judging people. Dah jadi macam terbiasa. JOM UBAH! nice video.

norizma mohd ibrahim said...

Di akhir zmn, perkara yg haram dihalalkn n yg halal diharamkn. Klu timbul rse cnta sesame muslim(yg halal aje) insya allah xde rse pndangan hina sesame kita. jealousy etc. Islam mnggariskn 3 pnduan cara mncgah. Tgn, mulut, n hati. Melalui hati bkn mmbnci dye tpi perbuatannye. Dan cara utk berdkwah bkn hnya dgn mulut tpi cara kite sndri mmpamerkn dri kita. Model terbaik rasul saw brdkwah melalui bnyk cara n cara yg pling cntik melalui perbuatan. Kita x perfect tpi islam itu sgt perfect n indah. n doa amat pnting. Seorg mukmin/mukminat sjati bile nmpk saudara seislamnye jauh dri allah maka insya allah dye akn buat sesuatu. Wlau hnya berdoa. Jd kita yg mne? :)

Hanna Farah said...

Agree. Kalau susah seseorang itu fikir untuk menjadi zuhud, why not kita just 'Bersangka baiklah kamu terhadap Allah s.w.t, & bersangka baiklah kamu sesama manusia nescaya hidup akan lebih tenang'.

Thanks Maria for this wonderful entri! =)
Untuk peringatan diri sendiri jue~

potia casadelarossa said...

bergantung pada nawaitu... tapi ni lah hakikatnyakan..

Maria Elena Zarul said...

i have so much love for you all =')

subhanallah!

dyadya said...

Assalamualaikum

bismillah..

Okeh baru dapat komen. Sebelum ni tak sempat. tihehe..


setuju sangat dengan tajuk ur entry ni. DON'T JUDGE! siapa lah kita nak judge orang kan. sedangkan diri kita pun tak sempurna. hanya Allah sahaja yang layak menilai hamba-hambaNYA.

tapi kita manusia.. kadang2 kalau mulut tak bcakap, hati plak yang berkata2.. memang kalau boleh nak elakkan hati ni dari judge yg bukan2. kalau jadi mcm tu,akan cepat2 istighfar n bsangka baik. kalau nmpk org pk sexy, terus tgk tmpt n pk yang hati ni mungkin lagi baik di sisi Allah. then akan doakan diam2 moga Allah bagi dia hidayah untuk menutup aurat dengan lebih baik.

mcm kat office i, ada colleagues yg tak pakai tudung..ada yang solat.. n ada yang tak solat.. mmg tak tegur apa. tp ada one time tu.. ada budak baru ni.. i suka tgk dia. nmpk baik n sweet je. then satu hari, i terserempak dia tgh amik wudhu. hati i terus tersentuh. i mmg cpt tersentuh tgk org yg tak tutup aurat tapi dia solat. mmg rasa org tu bagus sgttt. sbb even yg berhijab pun ramai yg tak solat.. then lepas solat, terus doa kan utk colleague tu. doa mintak dia berhijab....n after 1 week, i ternampak ada sorang ni.. muka sgt familiar... telek punya telek, ya Allah. budak baru yg i suka tgk tu. tapi dia dah pk tudung. Masya Allah. terus menangis kat meja office. n terpikir Allah dah makbulkan doa. terus rasa bersyukur sgt. start dari situ, i selalu je doakan kawan2 yg free hair. doa moga mereka berhijab n menutup aurat dgn sempurna. Alhamdulillah... ada beberapa lagi yang dah berhijab. tatau lah sebab doa i makbul ke apa tp still, Alhamdulillah. bagi yg tak solat pun i doa jugak mtk Allah dtgkan hidayah moga mereka bersolat. mmg sedih sgt bila tgk kawan2 tak bersolat :(

n cite psl solat.. i ada sorang kawan ni. die mmg sexy. tp dia solat. siap bawak telekung lagi ke mana2. mmg respek sgt dgn org mcm ni. even i yg pk tudung pun takde bawak telekung dlm beg... dan tak lama tu, Alhamdulillah dia dah bertudung.. i yakin jika kita jaga solat betul2, Allah akan bantu kita untuk menjadi muslim yg lebih baik walau sejahat mana kita pun.

Sama2 kita doakan saudara2 kita yang lain. Insya Allah kita pun dapat yang sama yg kita doakan utk saudara2 kita :)

ok.. itu je nak share. sorry maghia. komen i pnjg sngt.

btw sistah, i love u lillahi taala. :)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
e F a said...

kita tidak ada hak untuk menilai seseorang itu. kita boleh berikan nasihat dan panduan kepada mereka. kerana menutup aurat itu boleh mengelakkan kita daripada difitnah dan juga dicemuh serta dibenci oleh orang lain.
aurat bagi seorang perempuan itu adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua pergelangan tangan.
tak kisahlah dengan cara bagaimana sekalipun kita menutup aurat kita.
:)

sayanya pertama said...

SEMUA TERBAIK JOM TERJAH :

OMG , JOM LIHAT BETUL KE ZAYN MALIK DAN JUSTIN BIEBER NI GAY ?--> WWW.JUSTINZAYN.COM

DOWNLOAD CERITA-CERITA TERKINI MALAY & ENGLISH --> WWW.DOWNLOADMOVIE.COM

TENGOK SEMUA EPISOD LOVE YOU MR.ARROGANT PERCUMA --> WWW.DRAMAMR.ARROGANT.COM

DAPATKAN TIKET PERCUMA AKSI RUNNING MAN DI MALAYSIA (100 SAHAJA) --> WWW.MALYSIANFANSRM.COM

TIKET PERCUMA KONSERT JUSTIN BIEBER --> WWW.PASSPERCUMA.COM

INFO IPHONE 5 DAN 5S/5C DAN SAMSUNG GALAXY NOTES 3 , JAGA-JAGA SEBELUM MEMBELI --> WWW.INFOPHONES.COM

ASSALAMUALAIKUM , SATU LAGI PELUANG PEKERJAAN TERBAIK UNTUK ANDA IAITU BEKERJA HANYA DARI RUMAH DENGAN PENDAPATAN SEHINGGA RM1500-3000 SELAMA SEMINGGU , MAHU ? MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI -> KEKOSONGAN JAWATAN (50 ORANG SAHAJA)